Chocolate indulgence tanpa gelatin

by - March 24, 2016


BAHAN BAHAN KEK  ( YG NI TANPA GELATIN UOLLSS.. :) )

bahan A
5 biji telur kuning
150 ml susu segar
100 gm gula castor
75 ml minyak jagung

bahan B
165 gm tepung naik sendiri
35 gm serbuk koko
1 tsp nescaffe
1/2 tsp b.powder
1/2 tsp soda bokabonate
* ayak kesemua bahan ini

bahan C
5 biji putih telur
80 gm gula castor

1 tsp esen vanilla

Putar bahan A selama 8 minit.
Masukkan bahan B dan esen vanilla. Ketepikan,
Putar bahan C hingge kental. ( meringue )
Satukan kedua dua bahan dengan kaedah kaup balik.
Bakar kek pada suhu 170 C selama 50 minit hingga 1 jam dengan menggunakan loyang 9 inci.
Sejukkan kek dan potong kepada 4 bahagian.

** Jike mahu mendapatkan kek yang lebih padat putarkan  bahan A dan B sekali gus.( campurkan sekali )

**Ade pelbagai versi kek spouge boleh di gunakan ye, ikut citarasa yang mana lebih sesuai ye termasuk lah menggunakan spoung cake mix.

BAHAN MOUSSE PUTIH
100 gm coklat masakan putih
250 gm non dairy whipping cream
100 gm gula icing
150 gm butter ANCHOR ( salted )
2 biji kuning telur

Putar whipping hingga kental.
Cairkan coklat masakan putih
Putar butter dan gula icing hingga kembang, masukkan coklat cair dan kuning telur
Satukan bahan butter dan  whipping cream dengan kaedah kaup balik.
Bahagikan kepada 2 bahagian untuk lapisan di dalam kek.

BAHAN MOUSSE HITAM
150 gm coklat masakan hitam
380 gm non dairy whipping cream
150 gm gula icing
220  gm butter ANCHOR ( salted )
3 biji kuning telur

Putar whipping hingga kental.
Cairkan coklat masakan hitam
Putar butter dan gula icing hingga kembang, masukkan coklat cair dan kuning telur
Satukan bahan butter dan  whipping cream dengan kaedah kaup balik.
Ketepikan 1/3 untuk lapisan didalam kek.

 CARA MELAPIS KEK
kek
lapisan mousse puith
kek
lapisan mousse hitam
kek
lapisan mousse putih
kek
Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan lebihan mousse hitam.
Sejukkan kek di dalam petisejuk beberapa jam.
Tuang ganache ke seluruh kek.

GANACHE
300 gm coklat masakan
250 gm uht whipping cream
Masak atas double boiler. Bile telah jadi ganache , biarkan ianye sejuk dan pekat sedikit baru tuang ke seluruhan kek.Simpan kek di dalam petisejuk sebelom MAKAN.

You May Also Like

0 comments