SENSASI DAVID TEOH KENA TAMPAR!!

by - May 18, 2017

Ape cite ni ye.. Sampai tampar menampar ni huhu.. Zaman sekarang ni manusia semakin rakus dan cepat hilang sabar.. Harap kes ini dapat diselesaikan dengan aman.

Jom kite chek it out ape cer sebenarnye yang berlaku... Hihii..

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Sulaiman Yassin atau dikenali sebagai Mat Over menyifatkan tindakannya menampar pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) Datuk David Teo pada Rabu sebagai satu tindakan rasional dan tidak berniat jahat.
Beliau mempersoalkan tindakan David yang dilihat bercakap kasar dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berlangsungnya sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan), di Dewan Bankuet, Seri Perdana, Putrajaya pada Rabu.

"Kita orang Melayu. Kita ada budi pekerti. Kita bercakap dengan 'kepala' negara. Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai tuan rumah mengajak kita mencurah luahan kita kepada beliau.

"Mengapa kita harus bercakap kasar dengan beliau (Datuk Seri Najib) sebagai tuan rumah?" kata Mat Over ketika dihubungi Astro AWANI.

Berita lanjut klik sini

Kenapa perlu cakap kasar dengan PM Najib? - Mat Over


You May Also Like

0 comments