Petua Membersihkan Kesan Lilin Pada Buah Anggur

by - April 13, 2017

Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangat kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk. Oleh itu anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan wax tersebut.

Buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar gegara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangat kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk. Oleh itu anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan wax tersebut. Namun ada cara mudah yang dikongsi oleh saudari Azleen Azlinda yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

Bahan2nye

👉Anggur
👉Tepung gandum secukupnya

1.    Masukkan anggur ke dalam bekas yang bersesuaian.

2.    Taburkan tepung gandum dengan secukupnya. Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.

3.    Bilas dengan air bersih. Hasilnya buah anggur anda akan lebih bersih dan berkilat.

You May Also Like

0 comments