Resepi Puding Jagung Kastard Sedap

Assalammualaikum... 


Resepi Puding Jagung Kastard  Sedap 😍

puding jagung kastard ini sangat sesuai bila dimakan bersama keluarga di hujung minggu. pasti anda ingin tahu cara membuatnya kan? jom kita layan resipi dibawah

Bahan-Bahan:

1 tin jagung manis
1 cawan tepung kastard
1 cawan santan
1 tin susu sejat
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 tin air - guna tin susu sejat tadi
pewarna kuning - optional

Cara Membuat Puding Jagung Kastard

#1: masukan gula dan tepung kastard di dalam kuali kemudian kacau rata. kemudian masukan susu sejat (susu cair) dan 1 tin jagung manis ke dalam campuran tadi. bila nak berlemak boleh masukan 1 cawan santan dan bila anda ingin jagung nampak halus boleh di blender terlebih dahulu.

#2: selepas tu masukan garam secukup rasa kemudian masukan air kedalam campuran tadi dan bila semua bahan nampak tak berketul boleh letakan di atas dapur.

#3: nyalakan api tapi ingat gunakan api yang sangat minimal dan kacau sebentar agar adunan tidak berketul-ketul.
Resepi Puding Jagung Kastard

#4: bila ingin warna yang lebih cantik boleh masukan sedikit pewarna kuning kalau tak ada pun tak pe.

#5: kacau sampai nampak berkilat dan pekat. warna berkilat itu yang paling cantik kemudian angkat dan tuangkan dalam loyang.

#6: biarkan seketika sampai sejuk di dalam loyang dan bila dah sejuk baru masukan dalam peti sejuk. Mmmmm Sedaappp bila dimakan sejuk-sejuk.

bila dah tahu cara sebenar buat puding kastard, anda bolehlah cuba, jangan lupa share ya.

Puding jagung

11 comments

  1. Sedapnya buat juadah minum petang..

    ReplyDelete
  2. Alahai sedapnye tgk kuning2 gitu selera ya nak makan.. dh ok blog iris. Buat apa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try update blog dr app blogger.. Problem rupenye.. Last2 update dr pc br ok hihii

      Delete
    2. Oo yeke.. alhamdulillah dah setel dah ni

      Delete
  3. Senang juga nak buat pudding macam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cool recipe... I wish you had a translator embedded for easier use.

      Delete
  4. Nice simple recipe. Gonna try to make this soon :-)

    ReplyDelete
  5. I love see your cooking part. Simple yet easy to be cook. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  6. This looks simple and delicious. Thank you for sharing with us.

    ReplyDelete
  7. Fav SA ni....nampak macam senang je nak buat..SA failed skit bab buat kuih2 ni...

    ReplyDelete