Teknik Kuasai Bahasa Inggeris

by - May 30, 2017

Teknik Kuasai Bahasa Inggeris

Assalammualaikum pembaca semua. Saya harap admin dapat approve confession saya nie.

Baru-baru ini admin ada siarkan satu confession seorang confessor mengenai pengalaman beliau belajar BI. Saya ucapkan tahniah kepada confessor kerana berusaha untuk menguasai BI. Sebagai seorang guru BI, usaha confessor patut diberi pujian kerana bukan mudah untuk menguasai BI. Walaupun banyak pengalaman pahit confessor semasa belajar namun beliau tidak berputus asa. Confessor pun ada bagi serba sedikit tips untuk menguasai BI.
Disini saya mahu kongsi teknik menguasai BI dengan mudah untuk pelajar (orang bekerja juga boleh cuba). Kunci utama yang kena semat dalam fikiran ialah kalau mahu mahir BI, kena gunakan BI. Nak mahir bertutur, kena cakap walaupun sukar. Nak mahir menulis, kena juga tulis. Biar salah janji cuba. Mungkin ada yang sudah tahu mengenai teknik-teknik ini, tapi ia mungkin bermanfaat kepada sesiapa yang masih takut untuk menggunakan BI. Saya cuba untuk kurangkan mencampur BM dan BI supaya tiada kekeliruan berlaku.
1 – Gunakan hiburan sebagai sumber pembelajaran
– Teknik ini paling mudah dan menghiburkan untuk menguasai BI. Pilih satu genre muzik atau movie yang diminati. Cuba hayati dan fahami lirik lagu dan dialog dalam lagu dan movie tersebut.
– Contohnya, saya memang minat Linkin Park dan Evanescence masa saya remaja dulu (masih lagi minat. Hehehe…) Jadi saya mula dengan mendengar lagu, hafal lirik-lirik sebab nak menyanyi punya fasal. Dari situ saya mula cari maksud perkataan dalam lirik yang saya baca dan fahamkan lagu tersebut.
– Begitu juga dengan filem. Hampir setiap hari (zaman universiti) saya ‘dengar’ movie kegemaran saya. Saya pasang headphone, dengar dialog tanpa menonton movie tu. Dari situ saya paksa diri saya untuk faham cerita tanpa visual. Selain dari mendengar, saya juga berlatih menyebut perkataan dalam dialog movie dengan betul. Selalunya semasa buat assignment saya suka ‘dengar’ movie. Antara movie yang bagus untuk improve BI ialah Harry Potter series dan kartun.
– Saya tahu ada sesetengah Melayu yang akan memberi alasan hiburan melaghakan anak-anak. Tetapi sekiranya ibu bapa memantau hiburan anak-anak, ianya tidak menjadi masalah. Ini kerana di sekolah juga guru-guru harus menggunakan hiburan semasa mengajar (didik hibur)
2 – Menulis journal/diary/blog
– Cuba tulis apa yang anda lakukan dalam masa sehari dalam BI. Tidak perlu terlalu details sebagai permulaan. Mulakan dengan satu perenggan. Esok lusa boleh tulis satu muka surat. Kalau nak lebih canggih, buat blog. Buat review makanan ke, make up ke, atau apa sahaja yang menarik minat anda. Yang penting, TULIS.
– Mungkin ada yang risau kalau grammar salah ke, ejaan tidak betul ke. Who cares! Itu blog anda, peduli la orang nak cakap apa. Insya Allah, lama-lama anda sendiri akan improve secara tidak langsung. Tapi, anda harus usaha untuk memperbaiki kesilapan anda. Google saja kalau tidak pasti. Dengan teknologi yang ada sekarang ini bukan alasan untuk tidak tahu.
3 – Bercakap di hadapan cermin
– Kadang-kadang sukar hendak mencari rakan yang mahu bertutur dalam BI. Mesti ada yang akan cop anda poyo, berlagak, Melayu tak sedar diri dan lain-lain lagi. Jadi macam mana mahu berlatih bertutur? Mudah saja, gunakan cermin.
– Cuba bersembang dengan diri anda menggunakan BI sepenuhnya di hadapan cermin. Tengok gaya anda brtutur. Anda juga boleh memperbaiki cara bertutur dengan menggunakan carmin.
4 – Bertutur dengan guru/pensyarah BI
– Saya yakin ramai guru BI yang mahu murid-muridnya bertutur dalam BI. Saya sendiri terpaksa ‘paksa’ murid saya untuk bertutur. Disini, nasihat saya kepada pelajar, ambillah peluang ini untuk memahirkan diri anda dalam menguasai BI. Cakap, sembang dengan guru/pensyarah anda. Jangan marah atau sentap kalau guru anda tegur kesalahan anda. Ada yang baru kena tegur sikit dah boikot tak nak cakap BI. Sebenarnya guru/pensyarah tidak rugi tapi anda sendiri.
5 – Banyakkan membaca
– Kalau sebut membaca mesti rasa bosan. Senang saja, cari bahan bacaan yang menarik minat anda. Tidak semestinya perlu baca akhbar untuk kuasai BI. Banyak komik yang dalam BI juga. Kalau minat novel, beli 1 novel BM, 1 novel BI. Pastikan baca sampai habis. Tidak perlu buka kamus semasa baca novel BI. Cuba teka maksud perkataan dengan membaca ayat. Tidak perlu membuang masa. Bila sudah habis baca, ulang lagi sekali sehingga and faham. Sejujurnya, saya lagi gemar membaca komik dan novel daripada membaca akhbar semasa saya mahu improve BI saya.
6 – Tanamkan minat untuk belajar BI
– Berdasarkan tips yang saya bagi tadi, yang penting cari sumber yang anda minat dan GUNAKAN sumber tersebut. Minat movie, belajar melalui movie. Minat lagu, belajar melalui lagu. Jangan sesekali cakap BI susah dan tanam rasa bosan semasa belajar BI.
I hope that these tips will help you to improve your English. Lastly, please don’ t give up easily.

You May Also Like

0 comments