Cara terbaik tingkatkan traffic blog

assalammualaikum.. lama iris x update.. maklumlaa bulan puasa ni busy memanjang.. letih pulak tu sambil melayan anak2 di rumah yang buat macam2 kerenah.. hihhii..

ok laaa hari ni iris cari2 kat google cara terbaik untuk tingkatkan traffic blog.. sebab iris rasa macam slow je traffic blog iris.. tak boleh lawan dah traffic kakak iris hihii.. linliena tu hihii..

google punya google jumpe la satu blog ni yang bagi cara2 untuk tingkatkan traffic blog ni.. macam2 tapi tak berapa nak paham plk hahaha..

so baca jela entry kat bawah ni okeyh.. kite kongsi sama2 untuk tingkatkan traffic blog kite ye.. kalau uols ade tips kongsi la ye kat ruangan komen tu..

Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog.  Kejayaan sebuah blog bergantung kepada jumlah pengunjungnya, oleh kerana itu setiap blogger ingin blog mereka mendapat jumlah trafik dan pengunjung yang tinggi. Ramai yang berjaya jana ribuan pageviews setiap hari dan lebih ramai blogger berhenti di tengah jalan kerana kecewa blog tiada pengunjung.

Jarang saya berkongsi tips blogging dalam blog ni. Bukan tak nak share, tapi saya rasa belum cukup bagus berbanding blogger lain. Apa yang bakal saya kongsikan dalam entri ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, perkara yang saya sering amalkan, dan dari pembacaan tutorial di internet.

Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog

1. Hasilkan entry yang menarik dan bermanfaat - Kandungan blog adalah segalanya! Cara terbaik untuk menarik minat pengunjung adalah dengan menerbitkan kandungan yang bermanfaat, berinformasi, berkualiti, dan disukai. Dengan cara ini pengunjung akan entri anda yang lain. 

2. Amalkan teknik SEO - Demi memastikan entri anda berada di top rank atau muka pertama Google, anda perlu terapkan teknik-teknik SEO (search engine optimization) pada entri dan template. Teknik ini merangkumi tajuk entri, permalink, keywords, meta descriptions, kelajuan blog,dan beberapa perkara lain. Menguasai SEO membantu blogger mendapat trafik tinggi selain hasilkan income melalui Adsense, Revenuehits, dan Nuffnang. Saya bukanlah orang yang tepat kalau nak bercerita tentang SEO. Untuk lebih lanjut boleh rujuk - Kitab SEO Merah Jambu


3. Sentiasa update blog - Ada entry baru, maka adalah trafik. Hasilkan entri yang berkualiti serta memberi informasi kerana pengguna internet sentiasa mencari bahan bacaan di Google. Contohnya update tentang isu yang sedang viral. Jika blog anda mempunyai niche tertentu lebih baik kerana pembaca setia akan sentiasa berkunjung untuk mendapatkan informasi terkini. 

4. Blogwalking - Rajin-rajinkan diri singgah di blog blogger lain dan tinggalkan komen. Dengan cara ini anda mudah dikenali kerana kunjungan anda akan dibalas. Networking tu penting untuk menambah kenalan dan memperkenalkan diri kepada komuniti blogger Malaysia. Cara ini memang berkesan untuk tingkatkan trafik blog

5. Kongsi entri di laman sosial - Blogger yang tidak pernah kongsi entri di laman sosial adalah blogger paling malang di dunia. Media sosial seperti Facebook dan Twitter adalah tempat paling mudah untuk mendapatkan trafik. Selesai update entri baru terus post di Facebook supaya mudah di indeks oleh Google. Join group popular seperti Sahabat Blogger dan Kelab Blogger Ben Ashaari dan promot entry baru dan lama kat sana.


6. Sertai contest dan giveaway - Menyertai atau menganjurkan contest atau giveaway sememangnya memberikan impak yang besar. Lebih-lebih lagi jika contest yang menawarkan hadiah lumayan. Ramai yang akan sertainya dan percaya atau tidak setiap peserta akan stalk entri peserta lain. Ambil kesempatan ini sebab secara tidak langsung memberi trafik percuma buat anda. Contohnya sekarang sedang berlangsung contest yang menawarkan hadiah RM4,000 iaitu - Contest Review Lynk.my 2015.


7. Bermain dengan keywords - Gunakan kata kunci yang boleh mendorong banyak klik. Pastikan kata kunci itu terdapat pada tajuk, perenggan pertama, tengah dan terakhir. Namun jangan sekali-kali terlebih menggunakannya kerana Google dapat mengesan taktik licik ini dan menendang entri anda dari laman carian. Keywords yang berkesan menarik ramai pengunjung. Bila dah ramai pengunjung anda boleh jana lebih banyak income terutamanya dalam USD.
Apa yang saya sebutkan di atas berdasarkan pengalaman sendiri dan ternyata berkesan. Banyak persaingan dalam komuniti blogger Malaysia ni. Jadi anda kena kreatif sikit dari mereka jika mahukan trafik.

Terima kasih kerana membaca Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog

2 comments