NO WORDS!


'Kami Temui Barangan Sihir; Jarum, Kain Kapan, Syiling Lama, Kain Kuning...' - Pusat Terapi Kucing 'House of Cat' Umum Henti Operasi Selepas 4 Tahun Dibuka





Pusat Terapi Kucing, 'House of Cat', di Shah Alam, mengumumkan akan memberhentikan operasi setelah beberapa masalah yang timbul di perniagaannya.

Pengumuman pemberhentian operasi itu diumumkan oleh House of Cat menerusi laman Facebook rasminya sebentar tadi.

Menceritakan panjang tentang masalah yang dihadapi oleh mereka, House of Cat berkata terjadi sesuatu yang pelik di kedainya apabila mereka mula viral beberapa tahun lalu dan berkata sihir menjadi penyebab penutupan operasi mereka.

Menurut kedai itu juga, pihaknya akan membuka kedai buat kali terakhir pada Sabtu dan Ahad ini.

Ikuti perkongsian panjang dari House of Cat yang bertajuk PERNIAGAAN, SIHIR & SEBUAH PENGAJARAN.

Perkongsian Dari House of Cat

PERNIAGAAN, SIHIR & SEBUAH PENGAJARAN
Assalamualaikum whbt.
Pelanggan yang bakal dirindui,

SEKADAR PERKONGSIAN

Kami terpanggil untuk berkongsi pengalaman berhadapan dengan sihir dan ilmu hitam sewaktu menjalankan perniagaan. Demi Allah, perkongsian ini bukanlah untuk meraih simpati mana-mana pihak, namun hanya sekadar untuk menjawab pertanyaan pelanggan dan berkongsi pengalaman. Mudah-mudahan ia jadi pengajaran buat kita semua.

HOUSE OF CAT
Bagi yang baru mengenali, House Of Cat, nama ringkas yang barangkali akan diiingati. Perniagaan ini muncul pada tahun 2013 atas dasar minat terhadap kucing. Koleksi dan bilangan kucing yang kian hari semakin bertambah mendorong kami untuk membuka ruang bermain bersama kucing di rumah. Itupun atas desakan rakan-rakan terdekat dan sahabat. Ketika itu, ruang tamu rumah jadi tempat kunjungan. Dalam diam diam, kami dihubungi beberapa media. Pernah muncul di rancangan Nasi Lemak Kopi O, TV9 serta beberapa buah majalah dan akhbar. Sejak itu, bilangan pengunjung kian hari semakin bertambah. Tak kurang beberapa selebriti turut meluangkan masa. Mei 2016, kami berpindah secara rasmi ke sebuah premis perniagaan di Seksyen 7 Shah Alam dan beroperasi pada hari Selasa hingga Ahad bermula jam 11 pagi hingga 9 malam. Setakat ini, House Of Cat memiliki hampir 53 ekor kucing daripada 12 jenis baka dari dalam dan luar negara.

SAMBUTAN LUAR BIASA
Alhamdulillah, dengan hanya mengenakan bayaran masuk RM5 untuk seorang pengunjung selama satu jam. Perniagaan kecil ini mendapat sambutan luar biasa. Kunjungan pelanggan secara purata pada hari minggu mencecah 250 orang untuk satu hari. Pada hujung minggu (sabtu dan ahad) atau cuti umum, bilangan pengunjung menginjak ke 400 orang satu hari. Bilangan itu meningkat hari ke hari. Terima kasih semua.

PELANGGAN SEMAKIN BERKURANG
Awal Oktober 2016. Bilangan pelanggan semakin merosot. Daripada 250 orang satu hari, kini menurun mendadak sehingga 3 orang satu hari. Ada waktu premis kami tiada langsung kunjungan pelanggan. Kami hanya bersangka baik. Barangkali kemunculan rakan pesaing membuatkan pelanggan sudah punya banyak pilihan. Persaingan ini begitu mencabar, strategi pemasaran kami diperbaiki, layanan ditambah baik. Kami mahu beri servis yang terbaik. Kami mula mengumpul pelanggan tetap dengan menawarkan kad keahlian. Ada yang seminggu 3, 4 kali datang mereka datang. Akrab sudah macam keluarga.

KEJADIAN PELIK & BARANG ANEH
Tidak lama selepas itu, kami mula diganggu. Pada mulanya, beberapa kelibat aneh kerap kali muncul dan melintas di dalam premis. Itupun menjelang malam hari. Gangguan itu berterusan. Kami anggap biasa. Sebagai umat Islam, kami percaya akan kewujudan alam ghaib. Kami menghormati keadaan itu. Barangkali ia juga satu bentuk teguran daripada Allah, untuk kami meningkatkan lagi ibadat kami kepadaNya. Bacaan yassin dan solat hajat dilakukan di kedai setiap minggu.

MACAM ADA YANG MARAH
Semakin hari perniagaan kami semakin merosot. Kami tidak putus asa. Barangkali ada yang kurang dengan perkhidmatan di kedai. Kami duduk berbincang. Kami sediakan borang maklum balas. Kami tanya pelanggan. Semua cakap baik. Semua cakap seronok. Kami pun pelik. Sehinggalah suatu hari, sedang kami sibuk membersihkan kedai. Rutin biasa setiap malam sebelum tutup kedai, kami akan duduk berbual dengan kucing, mop lantai dan vakum bulu bulu kucing yang berterbangan. Tiba-tiba ada guli bergolek sendiri. Kemudian ia berhenti. Kami perhati lama, dan ia bergerak lagi sendiri. Tapi kami endahkan.

Hari berganti hari, makin banyak kejadian pelik berlaku. Barang yang diletakkan di tempat lain beralih ke tempat lain dengan sendirinya. Muncul bau bau busuk yang entah datang dari mana. Macam bangkai. Sesak nafas. Bunyi aneh tu tak tahu nak cakaplah. Memang hari hari. Ada beberapa kali juga lampu kedai tiba tiba terpadam. Satu kedai gelap. Dah la waktu tu ada pelanggan.

IKHTIAR BERMULA
Setelah beberapa minggu berlalu, kami mula cari ikhtiar. Kami tanya orang berpengalaman. Satu persatu bantuan Allah tiba. Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Angkara sihir mula menampakkan rupa. Kami mula menderita sakit. Tak kurang hampir setiap minggu staf dirasuk. Buang air kecil berdarah, buang air besar berdarah. Tidur malam di katil, bila bangun sedar dah di depan pintu. Makanan yang baru masak tiba tiba basi. Kami muntahkan macam macam benda aneh. Rambut, darah, cecair hitam, serpihan kaca. Dan ada juga rawatan sampai berjaya keluarkan beberapa paku reput berkarat. Perit. Kami bermandi air mata. Tidur pun dah tak nyenyak sebab ketakutan. Adapun pelbagai gangguan tiba. Kami berserah kepada Allah. Solat dan doa tiada henti kami lakukan.

Beberapa barang sihir juga kami temui, puluhan jarum, kain kapan, syiling lama, kain kuning.

Buang air kecil, tapi air karat yang keluar. Sakit tahu tak.

ADA YANG UNDUR DIRI
Sepanjang ikhtiar rawatan, beberapa kali kami terpaksa cari bantuan baharu. Ada yang datang satu malam, esoknya beritahu tak dapat tolong lagi, suruh cari yang lain. Ada yang tidak putus asa bantu, tapi akhirnya berhenti juga. Rawatan menampakkan kesan. Tapi itupun cuma bertahan sehari dua. Selepas tiga hari rawatan berjaya, gangguan kembali hebat. Pernah sekali rak buku yang sekian lama kukuh dipenuhi buku agama termasuk yassin secara sendiri tiba-tiba tumbang.

PELANGGAN NAMPAK KEDAI TUTUP SEDANGKAN KAMI BUKA
Beberapa kali kami terima aduan pelanggan marah kedai kami tutup. Sedangkan kami di dalam kedai menunggu pelanggan tiba. Dan ada juga pelanggan yang dah melangkah masuk kedai, dan dah bayar pun tiket masuk. Tiba tiba mereka batalkan niat, katanya ada urusan kecemasan dan kami terpaksa pulangkan wang. Kalau sekali tak pelik. Tapi hampir berpuluh kali.

SAKIT MAKIN TERUK
Lama kami sabar, penyakit di tubuh makin memburuk. Rawatan secara Islam tiadalah pernah putus. Sebut sahaja Pusat Rawatan Islam mana yang tak pernah pergi. Boleh kata semua kami dah kunjungi. Ruqyah berpuluh kali dibacakan. Meraung, melalak, menggelupur. Semua kami dah rasa. Pun begitu Ikhtiar tetap kami teruskan. Pengsan dan rebah tiba tiba seolah olah perkara biasa.
Wang berpuluh ribu habis pun kami tak kisah. Kami tak mahu mengalah. Sayangnya kami dengan House Of Cat. Kami dah tak fikir lagi untung meniaga. Itupun pelanggan masuk minta diskaun kami dah tak tahu nak bagi macam mana. Kami cuma nak kucing terjaga, pelanggan terjaga dan kami semua sihat. Itu sahaja.

TAWAKKAL
Hampir 7 bulan berlalu, kini kami berserah kepada Allah. Sihir di kedai nampaknya makin baik, tubuh ada perubahan. Cuma pelanggan tetap berkurang. Kata mereka, kesan sihir memang membinasakan. Ada yang cakap sihir boleh buat orang jadi gila. Memang pun. Sebab sihir kami hilang kawan, keluarga pun tak sempat nak jenguk. Separuh gila.
Mei 2017, setelah berbincang dan tanya pandangan beberapa mereka yang dalam kelompok ahlinya. Kami berniat untuk berhenti beroperasi. Ya, memang kami sayang House Of Cat. Kami tutup bukanlah sebab kami putus asa dan mengalah. Tetapi sebenarnya kami mahu berehat. Kami sayang kucing kucing. Kami akan jaga semampu yang boleh.

KATANYA PERUBATAN & RAWATAN KAMI TAK SERASI...
Selepas pengumuman kami nak tutup kedai, ramai yang prihatin. Ada yang mendoakan, ada yang menuduh, ada yang buruk sangka, dan tak kurang ada yang menjatuhkan semangat. Tapi syukur sebenarnya lebih banyak yang menyokong. Ada yang cakap perubatan kami sebelum ini biasa sahaja, tak serasi, kami tak pandai. Kami harap pihak di luar sana hormat keadaan kami. Cukuplah kami menderita. Izinkan kami berehat. Allah Maha Mengetahui apa dan kenapa kami buat begini. Cukuplah dengan cakap cakap yang menyakitkan dan menyedihkan. Dalam waktu begini kami perlukan kata semangat. Kami dah ikhtiar.

BAGILAH KUCING PERCUMA...
Berpuluh kali kami dihubungi, ramai yang minta kami sedekah dan beri kucing kami percuma. Walaupun ada yang kata bergurau, kami minta maaf. Kami kecil hati. Kucing kucing di House Of Cat sudah macam anak anak sendiri. Mereka kami belai, kami peluk dan kami mandi. Ada pun kami tidak mampu nak jaga, kami akan cari penjaga yang layak. Yang nampak berusaha, yang nampak betul betul akan jaga dan hargai mereka. Dalam keadaan kami dalam masalah begini. Kami minta maaf. Kami susah nak bergurau perkara sensitif. Walau cuma seekor kucing, ia soal kasih sayang dan nyawa.

SIAPA BUAT?
Tak semua boleh kami kongsi. Biarlah kami dan selebihnya Allah Maha Mengetahui. Siapa pun yang lakukan, dan siapa pun yang terlibat. Kami tetap mendoakan yang terbaik untuk kalian. Moga Allah ampunkan dosa kita semua. Kalau suatu hari kalian nak datang jumpa kami, kami alu-alukan. Kami tak berdendam. Cuma ingatlah, Allah Maha Adil.
Bagi sesiapa yang diluar sana, janganlah cakap "inilah Melayu, suka dengki". Jangan jangan. Berhentilah dengan sentimen begitu.

KENAPA SENYAP TAK BAGITAHU AWAL? TIBA-TIBA NAK TUTUP...
Kami senyap bukan bermakna kami tak ikhtiar. Ada sebab juga kami diam. Kalau dari awal kami cerita, nanti ada yang cakap kami nak dapat simpati. Publisiti murahan. Nak pelanggan kesian dan ambil kesempatan. Kami bukan macam tu. walaupun dalam masalah, kami cuba jadi profesional. Kami layan pelanggan sebaik mungkin. Kami hendak beri yang terbaik.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENYOKONG KAMI SELAMA INI
Kepada semua pelanggan House Of Cat, Terima Kasih kerana sudi menjadi sebahagian keluarga besar kami. Kita tetap keluarga. Doakan yang terbaik buat House Of Cat. Mana tahu ada rezeki tiba tiba kami muncul lagi dalam industri. Buat masa ini kami nak berehat dan rawat diri dulu. Pasal kucing jangan risau, semua sihat. Minta maaf kalau ada salah dan silap sepanjang kami beroperasi. Jumpa lagi.

WAKTU LAWATAN AKHIR

Sabtu & Ahad
11.00 pagi - 9.00 malam

Jemput datang sebab kami ada jual barang baru & barang terpakai juga untuk beli makanan kucing dan ubat ubat.

Follow instagram @houseofcat dan Facebook House Of Cat atau House of catzz untuk sebarang kemaskini. Jangan lupa kirim doa.

P/S: Bagi tujuan keselamatan dan nak elakkan salah guna, tak semua gambar kami dapat kongsi. Maaf ya. Cukuplah kita sama sama ambil iktibar dan pengajaran.

Hari yang lainnya, darah pula yang keluar. Ya rabb, terkutuklah mereka yang mengamalkan sihir.

Salah seekor kucing yang mati disebabkan angkara sihir. Dah la dia budak baik. Tak ada dosa pun dengan manusia. Sebenarnya ada seekor lagi mati sebab sihir juga. Yang itu tak dapat share gambar sebab ngeri sikit. Dia menangis pun air mata dia berdarah. Dah mati jugak dah

Ini paku. Keluar dari tubuh. Ada satu yang panjang, satu pendek. Dua dua dah berkarat teruk. Siap ada kain kafan dan kapas jenazah lagi.

Ini rambut, muntah segumpal. Sebenarnya banyak kali muntah. Tapi yang ini satu je ada gambar. Yang lain sakit hati nak simpan.
Antara barang sihir yang muncul di kedai. Serpihan kaca entah dari mana banyak betul.
Paling rare inilah kot. kain kafan lama, kertas dicelup dengan minyak (ustaz cakap barangkali lemak babi sbb kes ini dh pernah jmpa), kain ada tulisan siam (macam mentera), benang bergumpal puluhan jarum, kain berjahit dengan benang berserabut


Baby comel pun kena. Ini janin kucing. Gugur pun sebab sihir. Moga Allah beri balasan setimpal

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: Wahai Pesuruh Allah? Apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, SIHIR, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”
Hadis riwayat Imam Bukhari (2766) dalam Sahih-nya

Ini keluarga kami. Jumpa lagi semua. Terima kasih sebab menyokong selama ini. Berpisah hari ini. Esok mungkin ketemu semula. Maafkan salah silap kami ya. Doakan kami semuaaa sihat.



p/s : ya allah zaman sekarang ni macam2 ye orang sanggup lakukan.. sampai tahap macam ni sekali sanggup mereka lakukan.. ingatlah rezeki allah tu luas.. semoga di berikan hidayah kepada si pelaku.. semoga owner house of cat diberi kesembuhan dan dapat meneruskan perniagaan mereka semula.. amin 

LOVE DEFINITION


Definition of love
  1. 1a (1) :  strong affection for another arising out of kinship or personal ties maternal love for a child(2) :  attraction based on sexual desire :  affection and tenderness felt by lovers After all these years, they are still very much in love. (3) :  affection based on admiration, benevolence, or common interests love for his old schoolmatesb :  an assurance of affection give her mylove
  2. 2:  warm attachment, enthusiasm, or devotion love of the sea
  3. 3a :  the object of attachment, devotion, or admiration baseball was his first loveb (1) :  a beloved person :  darling —often used as a term of endearment (2)British —used as an informal term of address
  4. 4a :  unselfish loyal and benevolent (see benevolent 1a) concern for the good of another: such as (1) :  the fatherly concern of God for humankind (2) :  brotherly concern for othersb :  a person's adoration of God
  5. 5:  a god (such as Cupid or Eros) or personification of love
  6. 6:  an amorous episode :  love affair
  7. 7:  the sexual embrace :  copulation
  8. 8:  a score of zero (as in tennis)
  9. 9capitalized, Christian Science :  god

at love

  1. :  holding one's opponent scoreless in tennis

in love

  1. :  inspired by affection
P/S:// Ni orang putih dok kata haha.. Kalau ikut aku la kan aku suka kau suka nak tunggu apa! Haha
Suke ati korang la nak maksudkan cinta tu apa.. 😂😂😂

NAK CEGAH SEMBELIT & PENGHADAMAN SIHAT? CUBA AMALKAN NI

NAK CEGAH SEMBELIT & PENGHADAMAN SIHAT? CUBA AMALKAN NI




Bagi sesiapa yang ada masalah sembelit, hari ni abang nak kongsikan satu tips kepada anda. Sangat mudah untuk didapati bahan bahannya dan senang untuk disediakan.

Bahan bahannya ialah..

1. Bayam hijau (Baby spinach)


2. Mangga masak.

3. 1 gelas air


Cara caranya ialah..

1. Bersihkan bayam 
2. Kupas kulit, hiris nipis mangga.
3. Kisar sekali. (optional jika nak tambah air)

Bayam kaya dengan serat dan kandungan air, kedua-duanya membantu untuk mencegah sembelit dan menggalakkan sistem penghadaman yang sihat.

Amalkan pada waktu pagi. 

Credit To: Blog abang terlajak laris 

GIVEAWAY BUSYRA TAKIYUDIN: SAYA NAK SHOPPING KREDIT RM1000

giveaway, Featured, shoppingcredit, blogger, voucher,


Syarat-syarat: 

1. Buat satu entri (letak banner sekali)  ❤Done❤

2. Nyatakan satu barang yang korang nak beli dalam SGshop ❤Baju iols hihi❤

3. Backlink kan ke entri ini   ❤Done❤

4. Tinggalkan link entri di ruangan komen   ❤Done❤

5. Share entri korang di laman sosial (facebook)  ❤Done❤

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul

irismyra

hai assalammualaikum..
jom kawan2 join ga nie.. hadiah lumayan ok..
kalau nak join klik je banner ok..

kalau mnang ga ni saya nak shopping baju yang cantik2 itew untuk putra dan putri saya.. hihi
insyaallah kalau ade rezeki mereka.. amin

doakan ye ouls.. semoga ade rezeki uols juga di situ...

adiosss!!

TERKINI: Kubur Digali Semula, Tubuh Tahfiz Muda, THAQIF Masih Utuh, Tidak Hancur, Berbau!

irismyra


Ekslusif!! Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia 26 April lalu digali semula pagi ini oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya. Sample yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.
Ternyata, sekali lagi Allah SWT menunjukan kebesaranNya apabila kaki yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya dikebumikan saat kuburnya digali semula itu. Keadaannya, seolah-olah masih baru ditanam semalam!.
Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini. Ternyata terbukti kepada mereka yang mengutamakan al-Quran dalam kehidupannya, dipelihara jenazahnya dari seksaan azab kubur. Menurut bapa saudara arwah, Mas Arip dia bersama bapa mentuanya, Ahmad bin Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali semula.
"Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sample dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana Allah menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.
"Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. Masya-Allah. Allah maha berkuasa,"kongsinya lagi.
Kisah adik Thaqif menjadi tular selepas dia didakwa menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz berkenaan. Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa bahkan pembantu warden berkenaan juga telah dibebaskan tanpa dilepaskan kerana kekurangan bukti.
Semoga Ramadan yang bakal disambut oleh umat Islam tidak sampai 10 hari ini benar-benar menjadikan kita umat Islam yang beramal soleh dan memperoleh rahmat dan hidayah dari Allah SWT.


SENSASI DAVID TEOH KENA TAMPAR!!

Ape cite ni ye.. Sampai tampar menampar ni huhu.. Zaman sekarang ni manusia semakin rakus dan cepat hilang sabar.. Harap kes ini dapat diselesaikan dengan aman.

Jom kite chek it out ape cer sebenarnye yang berlaku... Hihii..

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Sulaiman Yassin atau dikenali sebagai Mat Over menyifatkan tindakannya menampar pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) Datuk David Teo pada Rabu sebagai satu tindakan rasional dan tidak berniat jahat.
Beliau mempersoalkan tindakan David yang dilihat bercakap kasar dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berlangsungnya sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan), di Dewan Bankuet, Seri Perdana, Putrajaya pada Rabu.

"Kita orang Melayu. Kita ada budi pekerti. Kita bercakap dengan 'kepala' negara. Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai tuan rumah mengajak kita mencurah luahan kita kepada beliau.

"Mengapa kita harus bercakap kasar dengan beliau (Datuk Seri Najib) sebagai tuan rumah?" kata Mat Over ketika dihubungi Astro AWANI.

Berita lanjut klik sini

Kenapa perlu cakap kasar dengan PM Najib? - Mat Over


Harga petrol, diesel naik bermula 18 Mei


Harga petrol, diesel naik bermula 18 Mei


Harga baharu petrol dan diesel ini akan berkuat kuasa tengah malam ini hingga 24 Mei.

Harga petrol RON95 naik 7 sen kepada RM2.08 seliter, RON97 naik 7 sen kepada RM2.36, manakala diesel pula naik 4 sen kepada RM1.99.

Harga runcit bahan api petrol dan diesel minggu ini menyaksikan kenaikan setelah mengalami penurunan selama tiga minggu berturut-turut.

Harga baharu petrol dan diesel ini akan berkuat kuasa tengah malam ini dan kekal hingga 24 Mei.

DISCLAIMER

Ini adalah blog peribadi saya.Segala apa yang yang saya share atau post adalah dari pendapat saya sendiri.Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati..kecuali jika saya ada sebut nama tersebut. Segala copypaste/printscreen tidak dibenarkan kecuali mendapat keizinan dari saya. Saya akan mengambil tindakan undang2 sekiranya hak saya di cabuli. Pendapat saya tidak semestinya kekal.
Terima Kasih.
Penulis Irismyra