Nak dijadikan cerita kan masa tu tak rancang pun nak bersalin di Wilayah Persekutuan Putrajaya, pagi tu rancangannye nak shopping barang baby kat Alamanda, entah macam mana dalam perjalanan ke Alamanda tiba-tiba perut rasa sakit mengulas, selang 2-3 minit.. terus iris suruh suami singgah Hospital berdekatan.. dan masa tu Hospital yang agak berdekatan adalah Hospital Putrajaya.. terus pergi kat dewan bersalin hospital putrajaya.. nasib baik masa tu bawak sekali buku merah.
Selesai pendaftaran terus nurse panggil doktor untuk cek bukaan bersalin.. ya allah doktor pun terkejut bukaan dah 6cm.. tapi malangnya dewan bersalin penuh ketika itu.. terus iris kena naik ambulance dan dihantar ke Pusat Bersalin Risiko Rendah Putrajaya memandangkan iris tak de masalah berat ketika hamil... alhamdulilah
sampai je kat sana terus masuk dewan bersalin terus nurse kat situ cek bukaan lagi sekali.. masyallah da buka 10cm masa tu.. kelam kabut jadinya.. baby pun 2x teran je.. lahir la putera iris tu dengan berat 2.7kg..
yang bestnmye kat sini setiap bilik memuatkan hanya seorang pesakit.. macam hospital swasta da kan.. layanan memang tip top.. bil pulak hanya rm18.00 ... hah murah giler kan..esoknye sebelum pulang tu dapat kunjungan dari Puteri Umno Wilayah Persekutuan Putrajaya dan diberi hamper dan barangan keperluan bayi.. iris memang tak pernah tahu ada program sebegini. dan kat bawah ni iris google untuk pengetahuan semua tentang adanya program anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan ini (KWP) dan turut di sokong Puteri UMNO Wilayah Persekutuan. Sharing is caring kann..
Permata Hati Wilayah |
Program Permata Wilayah Menyantuni Bayi Baru Lahir
Program Permata Hati Wilayah ini bertujuan untuk membantu pasangan yang baru menimang cahaya mata. bentuk bantuan yang diberikan adalah berupa barangan keperluan bayi, ini bertujuan untuk meringankan beban mereka untuk menyediakan keperluan bayi yang baru lahir.
Antara Sumbangan yang diberikan |
Lawatan ke Hospital-Hospital Yang Terpilih
Program Permata Hati Wilayah ini akan memilih hospital tertentu demi untuk memberi sedikit bantuan kepada ibu-ibu terpilih ini, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dan kos kehidupan yang semakin tinggi ini. bayi-bayi akan lebih selesa dengan keperluan yang mencukupi.
Antara bantuan dan sumbangan kepada ibu yang terpilih |
Kalau tiada pendedahan sebegini mesti ramai yang tak tahu program yang dianjurkan Kementerian Wilayah Persekutuan ini, ada banyak lagi program-program berbentuk bantuan meringankan beban rakyat anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan ini.Dan atas kesedaran ini iris sebagai seorang blogger rasa bertanggungjawab menyebarkan program-program sebegini.. sama-sama berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Apapun yang pasti Program Permata Hati Wilayah adalah satu program yang mulia semulia kelahiran seorang bayi yang baru lahir.Iris harap sangat-sangat program-program mulia seperti ini dapat diteruskan. Walau sekecil mana pun bantuan tapi bagi mereka yang betul-betul memerlukan memang memberi seribu makna dalam kehidupan mereka. Terima Kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam program seperti ini kerana bantuan ini memberi sinar kepada mereka.
yaallah bestnyer sis....dahla murah layanan plk first class kan...bagus betul ada program mcm ni...
ReplyDeletealhamdulilah
DeleteMesti si ibu sangat berbesar hati dapat sumbangan ni, meringankan beban pula tu... :)
ReplyDeleteye btul tu sis
DeleteBagus program ni, membantu mereka yang memerlukan
ReplyDeleteye btul tu alhamdulilah kan
Deletepasti pasangan yg baru dpt bb tu senyum lebor dptsumbangan ini..skurangnya lepas rs sakit beranak hehe
ReplyDeleteDapat surprise macam ni, memang happy habislaaa =)
ReplyDeletehappynya dapat gift!
ReplyDeleteRezeki baby. Alhamdulillah siapa tak suka hadiah
ReplyDeletebantuan yg sangat baikkk.. untuk ibu dan anak..
ReplyDeletealhamdulilah
DeleteALhamdulillah rezeki ibu dan baby
ReplyDeletebantuan macam ni memang sesuai sangat, happy tau dapat hadiah.
ReplyDeleteBagus peogram ni kan
ReplyDeletebtul sis bagus sgt
Deletebtul tu hilang skit rsa terbeban
ReplyDeletealhamdulilah.. happy hihi
ReplyDeletealhamdulilah
ReplyDeletealhamdulilah
ReplyDeleteMcm mana nak cek hospital apa yang terlibat ek?
ReplyDeleteRezeki baby...
ReplyDeletebaru tau ada program bagus macam ni. dapat juga bantu ibu dan bayi kan
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Mmg bagus ada program seumpama ini..rezeki baby
ReplyDeletesedikit sebanyak ringankan beban kan :)
ReplyDelete