RESEPI MAKARONI CHEESE MUDAH

Assalammualaikum arini nak kongsi satu resepi yang sedap untuk anak-anak atau mak bapak anak sekali hehee.. 

Esok hari cuti mesti kering idea kan nak masak ape untuk family.. Ni la beban perasaan untuk kaum ibu setiap hari dok fikir nak masak ape hari esok dan seterusnye.. Kadang2 malam nak tido pun dah sibuk kna pikir nak masak ape esok.. Haaih letihhh uols..

Jom kite try resepi ni pulak.. Mudah je ni.. Kite campak2 je.. Hihi

Macaroni cheese

Macaroni 1 paket (any kind of macaroni)
Sos Prego 1 tin (Keju & herbs)
Susu segar 1 kotak kecil
Bawang putih 2-3 ulas (potong dadu)
Bawang besar 1 biji (potong dadu)
Buttercup 2 sudu besar
Sosej 2 biji
Cendawan butang 7-10 biji
Dada ayam dipotong dadu (1-2 ketul)
Lada hitam 1 sudu besar (ikut suka)
Garam secukup rasa
Keju cheesedale
Daun oregano (tak letak pun takpe)
Air kosong 1 cawan


CARA PENYEDIAAN

Rebus 1/2 paket macaroni terlebih dahulu. Tunggu macaroni cukup lembut dan toskan. 

Mula-mula tumiskan bawang putih dan bawang besar dengan buttercup sehingga naik bau.

Kemudian masukkan dada ayam yang dah dipotong dadu. Tumis sehingga sebati dan cukup masak. 

Masukkan sosej, cendawan butang dan lada hitam. Gaul sehingga sebati. Setelah itu masukkan 1 kotak susu dan biarkan seketika. Kemudian masukkan tin sos prego keju dan herba. Kacau sehingga sebati. 

Bila campuran tadi kelihatan pekat, tambahkan air kosong sedikit demi sedikit.

 Jangan sampai terlalu cair. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan keju cheesedale dalam 2-3 keping. 

Kacau sehingga sebati. Tambah garam secukup rasa sekiranya perlu (biasanya kalau dah campur keju cheesedale dah cukup rasa masinnya)

Masukkan macaroni yang dah direbus dan ditos ke dalam kuah. Kacau sehingga sebati, sehingga campuran cukup pekat.



Selamat mencuba semua..

21 comments

  1. wauuu.. favourite Nurul ni.. hehehe.. memang suka sangat dengan masakan ni :D

    ReplyDelete
  2. Yeay....mama dah rajin masak...keep it up mama..😎😎😎hihi

    ReplyDelete
  3. I recently was giving a packet of spaghetti and Prego sauce. I wan to try with this recipe. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. Bagus juga resepi ni, simple jer kan ..nextime mrs pip cuba ...
    #afbdotmy , mrs pip dtg melawat ...

    ReplyDelete
  5. Memang mudah gila - my sisters mesti seronok kalau dapat sediakan untuk anak-anak diorang dengan resipi begini. Hehe

    ReplyDelete
  6. it's so simple to make especially when we come home tired after work! thanks for sharing sis

    ReplyDelete
  7. Bestnyaaaa. Boleh la cuba nanti XD

    http://aimisyafiqah.blogspot.my/2017/09/back-to-school.html

    ReplyDelete
  8. Sedapnya...dah lama tak makan makaroni

    ReplyDelete
  9. wah... nampak sedap dan senang dimasak kan... - racheal

    ReplyDelete
  10. wah... nampak sedap dan senang dimasak kan... - racheal

    ReplyDelete
  11. wah... nampak sedap dan senang dimasak kan... - racheal

    ReplyDelete
  12. alahai melelh pula air liur tgk macaroni cheese

    ReplyDelete
  13. Wahh ni paling senang nak masak. Kalau malas juga masak memang nak kena katuk tangan. Hehehe. One of my kids fav. :)

    ReplyDelete
  14. nampak macam senang, nanti nak try lah

    ReplyDelete
  15. mudah senang dan sedap.. busyra singgah dan follow sini. salam kenal. :)

    ReplyDelete
  16. My favorite! Love how you use the ingredients! Will try it out.

    ReplyDelete
  17. uyul pun suka masak macaroni ni tau. senang dan kenyang!
    Uyul Rosli | AFBdotmy & JDTBlogger

    ReplyDelete