Dutch Lady Breakfast Challenge

Hiii hari tu ternampak iklan dutchlady lalu kat wall fb sis tentang dutchlady breakfast challenge.. so sis nak kongsi 5 day breakfast challenge sis bersama dengan susu segar dutchlady..

Day 1 




Hah hari pertama iris breakfast nasi goreng yang sedap.. siap ade sambal ikan bilis lagi.. pedas2 gitu.. tapi takpe lepas makan terus minum susu segar dutchlady hmm lega rasa.. sedap dan nyaman.


Day 2



Hari kedua iris sarapan lontong sayur.. wah sedap jugak sarapan hari ini. Fuhh kenyang sebab minum susu dutclady selepas makan sarapan. 

Day 3


Hari ketiga ni ringan-ringan saja.. sebab rasa perut tak berapa lapar.. tapi kena ambil sarapan yang berkhasiat juga kan.. ermm sedap jugak gabungam sandwic dan susu dutchlady hihi..

Day 4


Hari keempat ni pulak iris try pulak gabungan emping jagung honey stars dengan susu dutchlady.. wah ternyata memang sedap.. tak tahu nak kata camne.. tapi susu dutchlady dengan emping ni memang gabungan yang agak sempurna..

Day 5


Hari terakhir cabaran iris just makan roti croisant digandingkan dengan susu dutchlady ternyata sedap jugak.. senang kata susu dutchlady ni sesuai di makan dengan apa saja..

Apa yang penting pengambilan sarapan setiap pagi memang penting. Kerana jika kita mengabaikan pengambila sarapan di waktu pagi kita akan lemah dan tak bertenaga. 

Kenapa pengambilan susu itu penting? 

Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku1 kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta  memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian".

"Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain2. Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperoleh protein yang berkualiti tinggi," katanya.

Tan seterusnya menjelaskan: "Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan  masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita".

"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah," katanya.

Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi#dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.

1 comment