hi korang hari ni iris nak kongsikan satu produk SAFI terbaru iaitu SAFI Micellar Natural Cleansing Water. Ianya rangkaian pembersih solekan yang diperkaya dengan manfaat 100% bahan aktif semulajadi dan tidak memedihkan mata seperti pembersih solekan micellar yang lain. Paling bagus ianya juga sesuai digunakan untuk menanggalkan solekan bahagian mata yang sensitif dengan berkesan.
Terdapat 3 variasi pilihan iaitu Neem, Ros dan Timun. Paling penting pembersih Solekan SAFI Micellar didatangkan dengan formulasi "mesra kulit" ini diuji secara dermatologi. Ianya juga Bebas dari paraben, SLE / SLS , pewarna, alkohol dan minyak mineral. Produk SAFI Micellar Natural Cleansing Water ini juga diperakui Halal Oleh JAKIM dan sesuai untuk semua jenis kulit, memenuhi keperluan khusus kulit sensitif
Selalunya kebanyakan pembersih solekan ni akan menyebabkan kulit kita rasa lebih kering dan ada juga yang akan menyebabkan pedih dan iritasi pada kulit wajah. Tapi dengan SAFI Micellar Natural Cleanser kulit akan lebih lembut dan segar.. ia juga tidak mengeringkan kulit wajah.
safi micellar |
Cara Penggunaan : Sapukan jumlah yang sedikit kepada kapas. Lapkan kapas di sekeliling muka - tidak perlu menggosok kulit. Dengan pusingan kapas segar, perlahan-lahan mengelap mata tertutup, mengelakkan sentuhan mata. Tidak perlu bilas.
Kandungan Bahan : Water, Propanediol, PEG-6 Caprylic/Capric Glycerides, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Betaine, Sodium PCA, Glycerin, Disodium EDTA, Sodium Citrate, Xanthan Gum, Sodium Hyaluronate, Citric Acid, Cucumis Sativa (Cucumber) Fruit Extract, Fragrance, Phenoxyethanol, Chlorphenesin.
Jadi gunalah SAFI Micellar Natural Cleanser dengan yakin..
Safi Micellar |
Safi Micellar
SAFI micellar boleh didapati di farmasi dan kedai2 terpilih seluruh Malaysia.
https://guardian.com.my/index.php/skincare/safi-micellar-water-cucumber-200ml.html?gclid=Cj0KCQjwvdXpBRCoARIsAMJSKqJzTTzAhBoJpNwpfkL1lk1jOpvIiIByKT1-C9P2ceJurkYdPo2NwuUaAk_MEALw_wcB
|
Setiap botol nie untuk jenis kulit yang berbeza atau ada bau yang berbeza?
ReplyDeletePernah pakai yg ros & neem. Dua-dua best
ReplyDeleteRasa mcm suci je pakai ni
ReplyDeleteSaya juga guna brand ini...memang bagus untuk kulit saya
ReplyDelete