Hai assalammualaikum.. Baru ni saya terbaca di facebook tentang sardin sebagai penawar segera bagi mereka yang mengalami keracunan makanan..
First time dengar ni..
Jom kite baca artikel dari facebook tersebut..
Sardin penyelamat pantas tatkala keracunan makanan.
Saya telah pelajari ilmu ini sejak awal perkahwinan lagi, ketika itu, terbaca di salah satu laman perkongsian bagaimana sardin boleh dijadikan penawar sekiranya keracunan.
Ada satu ketika, semasa perjalanan pulang ke Kelantan bersama isteri, disebabkan gabungan makan atau gerai yang disinggah itu kurang bersih.
Saya diserang keracunan makanan, ketika itu badan terasa tidak sedap seperti keracunan (saya pernah juga keracunan sebelum itu).
Setibanya di bandar Raub, saya terus mencari kedai 7-Eleven berdekatan. Masuk ke dalam kedai tersebut, dan cari sardin dalam tin.
Kemudian masuk semula ke dalam kereta, dan buka tin sardin dan jamah terus seketul ikan sardin itu mentah-mentah.
YA memang tidaklah sedap pun bila makan terus begitu.
Namun demi penawar pantas, saya kunyah dan telan terus.
Kemudian saya tunggu beberapa minit, terasa satu badan seakan kena elektrik (tak tahu macam mana nak terangkan).
Akhirnya selepas lebih kurang 5-10 minit, badan saya kembali cergas seperti asal.
Penawar sardin itu memang berkesan.
Saya telah cuba beberapa kali untuk kes keracunan, setakat ni alhamdulillah menjadi penawar segera.
Andai anda dalam keadaan keracunan dan jauh daripada hospital atau klinik, bolehlah jadikan sardin mentah ini sebagai penawar pantas.
Bagus dijadikan bekalan untuk yang sering pergi berkhemah sebagai penawar, bukan sekadar makanan semata-mata.
Kredit: Hadihaizil Din
Nota sardin : sardin yang digunakan adalah jenis sardin, bukan mackerel ya.
Hah dah bacakan.. Betul ke? Apa pendapat uols semua.. Lepas ni boleh la try petua ni.. Sebelum ni kalau saya terkena keracunan makanan saya makan pil chi kit teck aun tu.. Ok jugak kjap je dah ok..
Ape pun semua petua ni boleh la dicuba sebelum mendapatkan rawatan lanjut di hospital.. Tapi kalau tak yakin tak payah la cuba kan.. Kang kalau jadi pape sape nak tanggung.. Apepun tepuk dada tanyalah selera.. Selamat mencuba uols.. Sape yang pernah ade pengalaman atau pernah mencuba petua makan sardin mentah ni boleh kongsi kat ruangan komen ye...
Sekian terima kasihh..
Boleh juga usaha Kan.. keracunan.makanan bukammsaja cirit birit Dan muntah. Mama pernah kena badan jadi lemah macam xde upaya. Ingatkan demam Rupanya food poisoning
ReplyDeletewah, macam kena try je nih. tapi belum pernah lagi kena keracunan makanan.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Dulu selalu makan sardin. Masa sardin masih murah.
ReplyDeleteTak sangka sardin ni boleh merawat keracunan makanan. Terima kasih sebab kongsi ;)
nice tips. tapi sha takmakan sardin haha boleh try pil tu hehe
ReplyDeleteMasa belajar dulu , sardin itu ibarat menu utama , hehe
ReplyDelete