Tahniah Amyra Rosli Dan Amar Baharin!

Pelakon popular Amyra Rosli, 26, selamat melahirkan bayi lelaki secara normal di sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Ibu Amyra yang juga pengurusnya, Noor Zaridah Ahmad berkata, dia gembira puterinya itu selamat melahirkan cucu sulung yang dinantikan keluarga kedua pihak.

“Alhamdulillah, selepas bertarung selama beberapa jam dalam bilik bersalin, Amyra selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat dan cukup sifatnya.

“Cuma saya tidak pasti wajahnya seiras ibu atau bapanya lagi.

“Sebagai suami, Amar juga setia menemani Amyra sejak dia dimasukkan ke wad bersalin pada jam 3 pagi tadi sehinggalah selamat bersalin.

“Sebagai ibu, saya juga bersyukur kepada Allah kerana sepanjang tempoh hamil, Amyra tidak mengalami banyak masalah dan alahan sehinggalah bayinya 
dilahirkan,” katanya.

Menurut Noor Zaridah lagi, mengikut persetujuan bersama, Amar yang akan memberikan nama buat bayi itu nanti.

“Buat masa ini, Amyra masih lagi berehat di wad dan dijangka dibenarkan pulang ke rumah beberapa hari lagi,” katanya.



6 comments

  1. taksabar nak tengok anak dorang mesti kiut miut macam mak ayah dia hehe

    ReplyDelete
  2. Eh dah bersalin dia. Baru tahu. Heheh :)

    ReplyDelete
  3. Alolo kecil je jari baby.. tahbiat buat diorg

    ReplyDelete
  4. Memang comel wajah bayi mereka, ada persis kedua-dua ibubapanya

    ReplyDelete
  5. Dah tunjuk ke gambar wajah anak diorg ni? Teringin nak tgok bby diorg

    ReplyDelete
  6. Aritu nampak kat Melodi, anak diorang sangatlah comel. Tengoklah amyra dengan ammar pun cantik dan ensem. Semoga anak ammar dan amyra membesar dengan sihat. Tahniah :)

    ReplyDelete